Sunday, October 24, 2010

kenapa Allah temukan kita dgn org yg salah..

mood: lapa..
place: umah orkid

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita ...dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.



1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.



2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.



3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.



4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.



5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...



6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.



7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.



8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.



9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.



Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..



PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!~♥

Monday, October 11, 2010

MENCARI JODOH.. MENURUT ISLAM..

mood: nk mgelat =)
place: umah orkid

MATLAMAT PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

• Niat kerana Allah iaitu dengan tujuan untuk membina sebuah rumahtangga muslim , untuk melahirkan keturunan yang soleh ,keluarga yang sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah itu akan berterusan seperti mana firman Allah ;


“ Satu keturunan yang sebahagiannya(tuntutan) dari yang lain” (Ali-Imran ; 34)

• Supaya dapat menjaga pandangan dan kehormatan di samping bertakwa kepada Allah. Ingatlah Kalian dari menundukkan pandangan sebenarnya meninggikan kekhusyukkan hati kita dalam solat .Jangan di lepaskan peluang (menundukkan pandangan) ini ,kalian! Rasulullah s.a.w bersabda ;

“Allah berhak menolong tiga golongan ; Orang yang berjihad pada jalan Allah,hamba mukatib yang ingin membayar harga tebusannya dan orang-orang yang berkahwin dengan tujuan untuk memelihara kehormatan dirinya”

• Bijak memilih isteri yang bakal menjadi rakan kongsi hidup dan teman seiring denganmu kerana Rasulullah s.a.w bersabda ;

“Pilihlah untuk keturunan kamu,sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian .”



Dalam riwayat lain ada disebutkan ;

“Kahwinikanlah mereka dengan yang sekufu”

• Memilih isteri yang mempunyai akhlak dan berpegang teguh dengan agama,sekalipun tidak mempunyai harta dan kecantikan jika dibandingkan dengan yang lain, kerana sabda Rasulullah s.a.w.


“ Jangan kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya.Boleh jadi kecantikan mereka akan menjadikan mereka hina .Jangan kamu mengahwini perempuan kerana harta mereka,kerana boleh jadi harta mereka akan menjadikan mereka bersikap zalim ,tetapi kahwinlah mereka kerana agamanya .Hamba perempuan yang rabik telinga dan bodoh tetapi beragama adalah lebih baik” (hadis riwayat Ibn Majah )



• Menjauhkan diri dari mencanggahi perintah Allah dalam perkara-perkara tersebut dan berusaha menjauhi kemurkaan Allah dan azabnya ,kerana Rasulullah s.a.w bersabda ;

“ Siapa yang mengahwini perempuan kerana ketinggian kedudukannya,perkahwinan itu tidak menambah sesuatu kepadanya kecuali kehinaan.Siapa yang mengahwininya keran hartanya,perkahwinan itu tidak menambahkan sesuatu kepadanya kecuali kemiskinan .Siapa yang mengahwininya kerana keturunannya ,perkahwinan itu tidak menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina . Dan siapa yang mengahwini perempuan dengan tujuan supaya dapat menahan pandangannya,memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturrahim ,Allah akan memberi berkat pula kepada perempuan itu dengannya” (hadits riwayat Abu Nuaim)

Ingin penulis berkongsi bersama kalian dengan kata-kata ini dari Dr. HM Tuah
Iskandar Al-Haj yang menyatakan ;

“ CINTA sepatutnya menjadikan manusia lebih bertenaga,kuat dan bermotivasi sepenuhnya” dan “Berkahwin bermakna kesediaan hati menerima seseorang untuk saling berkasih sayang”


Penulis mengakhiri topik yang agak ‘menceriakan’ pada kali ini dengan kata-kata yang boleh dijadikan renungan seketika bersama kalian …Wallahu’alam..

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa …
Lelaki yang soleh tidak akan memilih wanita melalui keseksiannya…
Lelaki wara’ menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya dan addinnya…
Lelaki yang baik tidak menginginkan pada sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya…
Lelaki wara’ juga tidak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni PERKAHWINAN…













dunia Islam.. sasaran nyata kemusnahan..

mood: rajin..
place: umah orkid

HADIS KE-2 PERISTIWA AKHIR ZAMAN

selak2 paper.. xpnah lari dari isu perang.. isu pengganas.. isu nuklear and so on.. mungkin tu petanda kukuh akhir zaman. mgikut keterangan daripada hadis yg diriwayatkn bukhari n muslim ni..diceritakn umat islam, akn dipertemukan dgn musuh nyata... ya`juj dan ma`juj.. sape diorg ni?? diceritakn dlm ni ia adalah dua bangsa..dari keturunan nabi Adam a.s., (manusia la tu makne nye).. yg dahulunya byk membuat kerosakan di muka bumi.. agk2 aku la bangsa Israel.. satu g xsure.. tp klo itu la yg nk dihuraikn dlm hadis ni.. meaning da blaku da pun keadaan yg dikatakn akhir zaman tu.

kita preview pic2 ni.. bukti yg kita akn berdepan musuh2 Islam..







kita plak terus menyalahkn peristiwa cmni kpada si durjana pelaku. tp dlm sedar xsedar.. kita sendiri membuka ruang dan peluang tu.. antara kandungan hadis nabi saw ni lg, saya(Zainab binti Jahsy) bertanya kpd Rasulullah: "Ya Rasulullah! apakah kami akan binasa sedangkn dikalangan kami masih ada org2 yg soleh?" Lalu Rasulullah bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu byk"

ia menerangkn jika disuatu tempat blaku tlalu byk kjahatan, kemungkaran, dan kefasiqan, maka kebinasaan akn menimpa semua org yg berada di tmpat itu. walaupun masing2 akn diperhitung mengikut amalan yg dilakukn pada hari qiamat..

So, sbenarnya pengajaran dr Allah dtg dr pelbgai bentuk, pelbagai situasi.. maybe bala Allah dtg dgn jelas.. mcm peritiwa Acheh.. maybe dtg dr pihak kedua.. mcm berperang..tp tu ttp ujian dr Allah sebenarnya.. maybe gk didatangkn berwakil.. mcm kita kat Malaysia aman damai.. tp Allah bg kita pgajaran bile kita tgok musibab dtg kat tmpat laen.. Sama2 lah kita saling ingat-mngingati.. dr gejala sosial masyarakat kita skg, xmustahil esok lusa bala Allah dtg trus kat kita.. Nauzubillah.. masa tu kat mane family kita, kat mana rumah indah teduhan kita, kat mana harta kita,n lg penting, ntah kat plak islam dan iman kita.. wallahualam..

Friday, October 8, 2010

bukan sekadar borak kosong lagi dah..!!

mood: sambil lyn hindustan
place: umah orkid

cemburu.. itu pkataan pling sesuai bile aku tgok blog2 org len.. pengisian ilmu mencurah2.. utk dikongsi sama2 sume org..n yg pling pnting, pedoman sendiri.. byknye pahala diorg. mane aci.. disebabkn cara berdakwah tu tggungjawab sume org, n media pnyampaian pon da sgt meluas..tfikir plak.. apelah kirenye aku selitkn bait2 ilmu.. klo2 tdgar, tbaca.. utk dikongsi same2 kita.. kesah ape ak org nk ckp pe.. blog aku, ruang aku, ak nye suka la kn.. hehe..

tp, bkn la totally ak nk jdkn blog ni madah ilmiah smata2.. nk gk bubuh kisah sendiri, mane2 bole wat aku tringat blik klo2 1 day tiba2 Allah tarik sikit nikmat ingatan.. so, ni la sumber inspirasi..=)

aku ade baca satu buku dr pngarang Maahad Tarbiah Islamiah.. So ak rase trpanggil nk bkongsi kndungan nye.. tajuk.. em, nice.. 40 hadis peristiwa akhir zaman.. nk tulis sume ulasan 40 hadis dlm 1 post mmg xbijak.. xlarat pon iye gk.. so, scara bperingkt la.. starting soon.. so, aku bg preview jela..

pada zaman Rasulullah SAW, baginda ni salu ditanya para sahabat.. bile nk blaku kiamat?.. mcmne blaku kiamat?.. ape tanda2 blaku kiamat?.. sbb diorg cm kita gk.. mmg xtau pape klo xdbtau..lg2 alam ghaib cmtu..wallahualam.. so, Rasulullah SAW pon memberi panduan n jawapan sperti dlm hadis2 yg diriwayatkn oleh perawi2.. so, kira compilation menceritakn peristiwa2 yg akn blaku menjelang kiamat ade dlm 40 hadis Rasulullah ni.. byk da yg blaku.. sedar atau x je.. jom2.. pupuk ksedaran same2 kita.. wallahualam...