Thursday, January 6, 2011

why me? why not someone else????

mood: feel like want to share something good.
place: umah orkid


Kenapa Aku Diuji ?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” – Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan ?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa Ujian Seberat Ini ?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. “ – Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa Frust ?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya ?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segalakesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). “ – Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” – Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa Yang Aku Dapat Drpd Semua Ini ?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… .. – Surah At-Taubah ayat 111

Kepada Siapa Aku Berharap ?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. “ – Surah At-Taubah ayat 129

Aku Tak Tahan !

“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” – Surah Yusuf ayat 87

Bukankah alQuran itu sesuai di semua zaman dan tempat, dalam apa jua keadaan?

Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat. Hingga kita terduduk menangis, peritnya terasa tetapi ketahuilah, dan renungilah dalam diri kerana; Mungkin air mata itu hadir kerana DIA mahu menjahit sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar. Semoga tabah dan ditetapkan iman.

ALLAH Tuhan kita Maha Penyayang. DIA sayangkan kau dan aku. DIA tak pernah lupakan kita.

Hidup ini ibarat mimpi. Kita hanya tersedar apabila nyawa sudah meninggalkan jasad. Iman bukan setakat percaya pada rukunIman. Tetapi sebenarnya satu bentuk penyerahan diri. Dan pernyataan bahawa kita benar-benar percaya pada setiap KetentuanNYA. Jangan lupa, pada nafas sekalipun,tersembunyi rahsia dan janjiNYA. Percayalah!andai ujian ni sebagai salah satu sebab untuk menghapus dosa-dosaku,aku redha YA ALLAH kerana ku sedar diri ini hanyalah hamba yg lemah yg sentiasa alpa dan berdosa kpd-MU.

No comments:

Post a Comment